Sunday, October 25, 2015

TIME FLIES SO QUICKLY

SALAM! :)

tiba tiba rasa nak update blog setelah berkurun abad tak update. tak update sebab lupa email and password kahkah. ifa dah tua.

ok kita start lepas aku habiskan degree architecture aku. well happy sangat, hidup dengan kopi wonda latte, bunyi klik klik mouse, screen hitam ada line kaler merah kuning hijau, bangun pukul 1 buat keje, lepas tu hentak hetak mouse sebab tertukar command autocad, sketchup and photoshop. semua tu dah habis. dah habis. habis.






Then teruskan hidup dengan tanam anggur selama 6 bulan. dalam masa yg sama habiskan masa menghadap handphone berchating dengan someone kononnya fall for me. habiskan malam malam dengan berborak dengan dia, cubaan buat lawak lame yang tak kelakar pastu aku gelak sensorang. then turn out dia cakap dia rasa hubungan tu ada yang tak kena. hubungan tu tinggal mcm tu je. and sampai harini aku macam tertanya tanya " aku buat apa sampai dia rasa ada benda tak kena?" "aku buat lawak lame sangat ke? sampai dia rasa annoyed dengan aku". hahaha. big question mark.

Oh dalam tempoh menganggur tu jugak, abah bawak travel pergi thailand konvoi dengan kawan dia. pergi dengan family. dari klang, turun kuala sepetang sat makan mee udang. then bermalam dekat alor star then terus ke krabi and hatyai. best tapi penat. see ifa dah tua.










After a month, my graduation day!





After convo dapat interview dekat klang, tapi tolak atas sebab sebab tertentu. Dalam beberapa hari a firm from subang jaya, akipima call and diterima untuk berkerja. mula mula macam janggal jugak la dengan diaorang, first day, lunch hour kene tinggal sensorang. diaorang tak ajak pon lunch sekali. aku macam confiu,s aku ke yang anti-sosial, ke diaorang, sebab selalunya aku yang anti-sosial ni haha. but now dah okey. so teruskan hidup hari hari mengahadap train and jalan kaki. train jalan kaki. train jalan kaki. sampai aku rasa dah bosan. rasa lepas ni nak try pergi kerja naik bas pulak haha.






Lepas sebulan kerja, raya pon menjelma tiba hee. sempat juga berjumpa my gossip girls. depa datang beraya rumah sebab tau aku ni bukan ada kereta nak bertandang rumah diaorang. thanks korang. haha. sempat meet up dengan old friends from high school.




Pung pang pung pang, mira studiomate kahwin, dengan berbekalkan gaji kedua, terbanglah ke kelantan. Shera bawak jalan jalan. Seronok kau jah shopping dekat sana. murah murah. pastu seronok jugak la gaji da tinggal berapa ringgit je nak survive makan minum dekat tempat kerja. kwang kwang.








26 september pon datang, dah 23 dah ifa. huhu. macam biasa orang pertama wish, maxis.

On 3 oktober my cousin kawin. cousin yang tolong bukakan account myspace, yang kalau balik kampung teman dia pergi cybercafe, dia on myspace, and aku main GTA, tapi tak reti main pon, pergi sebab saja je nak pergi. pftt. tah pape.



And now, tengah tunggu tukang azan anak aku datang meminang. hahaha lame tak lawak. tak tak. sekarang tengah tunggu turn JPJ. wish me luck. aku teruk dekat bukit and tutors aku sampai tolak tolak aku suruh tengok blind spot. haih. dia cakap aku kedekut toleh kepala. biar la kepala aku. huh sibuk.



so what's next?






No comments:

Post a Comment